suria

Syarikat pembekal LCD Huawei denda kakitangan jika beli iPhone

SALAH sebuah syarikat yang menjadi pembekal kepada jenama telefon pintar Huawei akan mengenakan denda kepada kakitangan mereka yang membeli iPhone keluaran Apple.

Hukuman yang dikenakan itu disifatkan sebagai langkah untuk menunjukkan sokongan mereka kepada peranti keluaran syarikat dari China itu.

Menpad merupakan syarikat pembekal LCD yang berpangkalan di Shenzen.

Antara model telefon pintar keluaran Huawei. FOTO: Tech Advisor.

Menurut polisi syarikat itu, mana-mana kakitangan akan dikenakan denda dalam bentuk bayaran, mengikut jumlah harga peranti iPhone yang dibeli mereka.

Bagi menunjukkan semangat kebangsaan, mereka juga sebolehnya akan menghentikan pembelian kelengkapan pejabat, komputer dan kereta keluaran Amerika Syarikat (AS).

Sebaliknya, kakitangan yang membeli produk keluaran Huawei atau ZTE akan diberikan subsidi sebanyak 15 peratus.

Malah, komisyen juga bakal digandakan jika kakitangan syarikat itu berjaya menjual produk mereka ke AS.

"Jika kakitangan membeli iPhone, mereka akan dikenakan penalti 100 peratus mengikut harga pasaran iPhone," ujar Menpad dalam satu kenyataan. - The Star.

Huawei, iPhone, Menpad

Artikel Lain