suria

Belanja lebih RM400 juta, konsert khas Beyonce 'hidangan' utama majlis kahwin anak perempuan individu terkaya India

Majlis serba mewah Isha turut dihadiri ramai tetamu berpengaruh. FOTO: Hindustan Times

MEWAH, meriah dan luar biasa. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai majlis perkahwinan Isha Ambani, anak kepada lelaki paling kaya di India.

Dianggap sebagai gadis paling bertuah di dunia, majlis pra-perkahwinan Isha turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti antarabangsa termasuklah Beyonce.

Isteri kepada penyanyi rap, Jay-Z itu bukan sahaja hadir sebagai tetamu malah dia dibayar untuk membuat konsert khas sempena majlis pra-perkahwinan pasangan Isha dan Annand Piramal.

Menurut sumber, Beyonce menyanyikan beberapa rangkaian lagu popularnya seperti Crazy In Love dan Naughty Girl sambil memakai persalinan tradisi india yang direka oleh Abu Jani dan Sandeep Khosla.

Beyonce turut membuat konsert khas sempena majlis itu.

Selain Beyonce, majlis itu turut dihadiri pasangan penganti baharu Nick Jonas dan Priyanka Chopra serta Deepika Padukone dan Ranveer Singh.

Tetamu majlis itu dikatakan diterbangkan khas dengan jet peribadi sebelum dibawa ke malis dengan menaiki kenderaan mewah.

Menurut laporan Bloomberg, majlis yang berlangsung selama seminggu itu dianggarkan bernilai AS$100 juta (RM418 juta).

Kehadiran ramai selebriti serta kemewahan majlis tersebut menarik perhatian ramai menjelang majlis perkahwinan sebenar Isha dan Annand pada minggu ini.

Malah, perkahwinan itu juga bakal menyatukan dua keluarga paling berpengaruh di negara India.

Bapa Isha, Mukesh Ambani merupakan individu ke-19 paling kaya di dunia, lapor Forbes.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dihadiri pemain kriket legenda, Sachin Tendulkar, Ketua Pegawai Eksekutif 21st Century Fox, James Murdoch, Hillary Clinton dan ramai lagi. - SCMP.com.

Isha Ambani, Annand Piramal, Beyonce

Artikel Lain