suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nissan pecat bos gara-gara salah laku kewangan

Ghosn dipecat beberapa hari selepas penahanannya. FOTO: The Independent

BEKAS pengerusi bagi pengeluar kereta terkenal, Nissan didakwa atas tuduhan menyembunyikan wang pendapatannya yang berjumlah £34 juta (RM161.4 juta) selama lima tahun.

Dia turut menghadapi beberapa pertuduhan salah laku kewangan.

Menurut pendakwa raya, Carlos Ghosn dilaporkan menipu dalam kenyataan kewangan dan tindakan itu ternyata mengejutkan pemain industri di negara berkenaan.

Ghosn ditahan pada 19 November lalu kerana disyaki berkonspirasi untuk menyembunyikan separuh daripada pendapatannya selama lima tahun, dari 2010.

Dia yang ditempatkan di Penjara Tokyo bagaimanapun belum lagi didakwa secara rasmi setakat ini.

Antara model kenderaan popular keluaran Nissan.

Pada Isnin lalu, dia ditahan sekali lagi atas tuduhan menyembunyikan pendapatan selama tiga tahun sehingga Mac 2018.

Dalam pada itu, Nissan memecat Ghosn sebagai pengerusi, beberapa hari selepas penahanan itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan dengan bantuan pengarah Greg Kelly yang turut ditahan pada Isnin.

Sehingga kini, Ghosn dan Kelly belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung skandal berkenaan.

Malah, peguam Ghosn turut mengambil langkah serupa apabila mengelak panggilan telefon dari media, lapor Reuters.

Nissan turut meluahkan kekesalan mereka dan mengambil pendedahan itu secara serius.

"Membuat pendedahan yang menipu dalam laporan tahunan merosakkan integriti Nissan di mata masyarakat dan pasaran, kami kesal dengan hal ini," ujar Nissan dalam satu kenyataan. - Mirror.UK.

Nissan, Carlos Ghosn

Artikel Lain