Biarpun bergaduh, Meghan Markle masih sertai kumpulan WhatsApp bersama Kate Middleton - Dunia | mStar

Biarpun bergaduh, Meghan Markle masih sertai kumpulan WhatsApp bersama Kate Middleton

Hubungan di antara dua pasangan ini dilaporkan sedang bermasalah. FOTO: Vanity Fair

PADA kebiasaannya, apabila seseorang individu bergaduh dengan temannya, antara perkara yang akan dilakukan ialah keluar dari kumpulan perbualan (group chat) WhatsApp yang disertai bersama.

Namun lain pula ceritanya melibatkan pewaris takhta diraja Britain, Putera Harry, Putera William serta isteri mereka, Meghan Markle dan Kate Middleton.

Biarpun hubungan di antara dua pasangan itu dilaporkan bermasalah, satu sumber mendedahkan mereka masih lagi bersama dalam satu kumpulan perbualan dalam aplikasi WhatsApp.

Perkara itu didedahkan oleh sahabat rapat kepada pasangan Kate dan Will kepada US Weekly, baru-baru ini.

Perkara itu turut diceritakan oleh suami Zara Tindall yang juga menantu kepada Puteri Anne.

Zara merupakan sepupu kepada Harry dan Will dan pendedahan itu mungkin benar kerana mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Kate dan Meghan saling berhubung atau sebaliknya menerusi kumpulan perbualan itu.

Lewat kebelakangan ini timbul desas-desus mengenai hubungan antara dua wanita itu.

Malah, masalah antara mereka turut terpalit sehingga menjejaskan hubungan antara Will dan Harry.

Lebih teruk, Harry dan Meghan juga dikatakan bakal keluar dari istana kerana tidak mahu tinggal berhampiran dengan mereka. - Daily Star.

Meghan Markle , Kate Middleton , Harry , William

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Waspada dengan 'Balu Kelvin'