suria

Padah berenang awal pagi, dua lelaki hanya berseluar dalam akibat dirompak

PATTAYA: Tindakan dua pelancong dari Chiang Mai berenang pada awal pagi membawa padah apabila  barangan yang ditinggalkan di pantai lesap akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Pakaian, wang tunai dan telefon bimbit yang diletakkan di tepi pantai ketika dua kenalan tu berenang dengan hanya memakai pakaian dala.

Berikutan kejadian itu, juruprogram komputer, Polapat Saenglad, 45 dan rakannya, Cheewin Janhom, 23 hanya tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun mereka bernasib baik apabila dipinjamkan tuala oleh penduduk sekitar kawasan itu sebelum kedatangan polis pada kira-kira 2 pagi.

"Semua barangan kami ditinggalkan di kawasan batu di pantai dan kami terus berenang dengan hanya memakai pakaian dalam," kata Polapat.

Keadaan air yang terlalu sejuk menyebabkan mereka hanya sekejap di dalam air, tetapi nasib malang menimpa apabila ada yang lebih pantas bertindak mencuri barangan mereka.

Kata Polapat, kejadian itu menyebabkan dia kerugian telefon berharga 33,000 baht, wang tunai 4,000 baht dan dokumen, manakala Cheewin pula kehilangan telefon harga 30,000 baht, wang tunai 2,000 baht.

Ketika mencari-cari barangan mereka di kawasan batu di tepi pantai itu, hanya kelihatan tapak kaki dan jam yang terjatuh sebelum bertindak mendapatkan bantuan.

Polis akan memeriksa kamera yang dipasang bagi memantau sekitar kawasan berkenaan dan berharap dapat menahan pencuri terlibat.-Bangkok Post


Chiang Mai, Polapat

Artikel Lain