suria

Pencuri guna teknik kreatif untuk dapatkan anak patung dalam mesin permainan

Lelaki itu masuk ke dalam lubang kecil untuk mendapatkan anak patung. FOTO: ViralPress

INDIVIDU yang melakukan jenayah biasanya mempunyai pelbagai idea kreatif dan taktik licik demi menjayakan misi mereka.

Terbaharu, rakaman kamera keselamatan (CCTV) memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke dalam mesin permainan arked, untuk mencuri anak patung.

Malah, rakaman berkenaan agak mengejutkan bagaimana lelaki itu begitu elastik untuk memasuki mesin berkenaan menggunakan lubang kecil sahaja.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Wilayah Xinzhuang, Taiwan sekitar pukul tiga pagi, pada Selasa lalu.

Dalam rakaman itu, dia berjaya masuk ke dalam mesin dan separuh badannya boleh dilihat menerusi cermin mesin permainan berkenaan.

Dalam tempoh beberapa saat sahaja, dia menggapai dua anak patung sebelum keluar dan melarikan diri.

Dalam pada itu, petugas kedai berkenaan berkata, dia kagum melihat teknik yang digunakan lelaki tersebut.

"Pencuri itu ada tulang yang fleksibel. Kemahirannya sangat hebat.

"Tapi kami tetap akan membuat laporan polis, padahal permainan tu murah sahaja.

"Tujuan permainan itu adalah untuk keseronokan, bila anda mencuri ia sudah jadi tak seronok," katanya. - Mirror.UK.

 

Mesin Permainan Arked, Pencuri

Artikel Lain