Pasaran kereta terbang dijangka meledak dalam tempoh 20 tahun lagi - Dunia | mStar

Pasaran kereta terbang dijangka meledak dalam tempoh 20 tahun lagi

Prototaip pertama dijangka dikeluarkan pada tahun depan. FOTO: GETTY

SUATU ketika dahulu, sebilangan kita membayangkan kereta terbang akan wujud dan digunakan secara meluas pada tahun 2020.

Biarpun ia tidak menjadi nyata, pakar meramalkan pasaran kenderaan terbang bakal meledak dalam tempoh 20 tahun lagi.

Menerusi kajian oleh Morgan Stanley, ia merumuskan bahawa teknologi serta pelaburan ke atas kenderaan itu dijangka akan meningkat, tidak lama lagi.

Pasarannya dijangka meledak dalam tempoh 20 tahun lagi.

Jelasnya, syarikat seperti Boeing dan anak syarikatnya, Aurora Flight Sciences bakal mengeluarkan prototaip kereta terbang mereka pada tahun depan.

Malah, penglibatan Airbus juga tidak mustahil kerana mereka turut mengelola teksi udara 'Vahana' di Lembah Silikon dan 'Voom' di Brazil serta Mexico.

"Kami melihat ekosistem pembangunan Kenderaan Udara Urban (urban air mobility) sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Amazon juga dikatakan berminat untuk melabur dalam teknologi ini.

"Ia tentunya memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi," ujar Adam Jonas, penganalisis kanan di Pusat Kajian Morgan Stanley.

Selain Boeing dan Aurora Flight Science, syarikat seperti Amazon juga dikatakan berminat untuk melabur dalam industri kenderaan terbang.

Malah, penggunaan kenderaan berkenaan dijangka dapat mengurangkan kos penghantaran bagi syarikat berkenaan. - Daily Star

Artikel Sebelum

Nissan pecat bos gara-gara salah laku kewangan

Artikel Berikut

Artikel Lain