suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perut Meghan Markle tarik perhatian ramai pada Anugerah Fesyen British 2018

SUSUK tubuh Meghan Markle jelas menampakkan usia kandungannya hampir lima bulan ketika mengumumkan pereka busana pada hari perkahwinannya adalah pemenang Anugerah Fesyen British 2018.

Pada majlis berprestij itu, Duchess of Sussex mengayakan gaun rekaan Givenchy ketika menyampaikan anugerah Pereka Busana Wanita British kepada Clare Waight Keller.

Ketika berucap, Meghan juga berterima kasih kerana diberi sambutan hangat di 'rumah baharunya' di United Kingdom.

Majlis di Royal Albert Hall, isteri Putera Harry itu juga gembira berpeluang menemui ramai kenalan lama dan baru.

"Apa yang kita gayakan mempunyai hubungan dengan diri kita, sama ada secara peribadi mahupun emosi, malahan ia juga dapat menyokong usaha bagi memperkasakan diri masing-masing terutama wanita," katanya.

Meghan juga mengimbau saat mengenali Keller kira-kira 11 bulan lalu dan menganggap wanita itu seorang yang berwawasan serta baik hati.

Manakala Keller pula memuji Meghan sebagai wanita yang menakjubkan dan menganggap saat bersamanya sepanjang menyiapkan busana pengantinya begitu indah sekali.-Metro.co.uk


Meghan, Keller, anugerah

Artikel Lain