suria

Selera terbantut, wanita dakwa temui otak dalam hidangan ayam dari restoran popular

HASRAT seorang wanita yang mahu menjamu selera di rumahnya terbantut apabila dia menemui tetamu yang tidak diundang dalam hidangannya.

Wanita itu, Sarah Palmer membuat pesanan set hidangan dari restoran makanan segera popular, KFC di salah sebuah outlet di Sydney.

Setelah makanan itu tiba di kediamannya menerusi servis penghantaran, dia yang teruja untuk menjamu selera terkejut melihat objek seperti otak, tersebunyi di sebalik ayam.

Terkejut dengan penemuan itu, Sarah, 26, memuat naik kisah itu ke laman Facebook.

"Hai KFC, saya peminat ayam KFC, jangan salah faham. Saya juga suka nuget KFC sebagaimana saya suka orang di sebelah saya.

"Tapi pembelian hari ni yang saya harapkan sedap seperti biasa, ia tidak berlaku. Saya terkejut lihat sesuatu seperti... otak.

"Bayangkan perasaan mual, takut dan kekecewaan saya. Harapnya ia tidak menjejaskan saya sebab saya memang suka KFC," tulisnya.

Dalam satu respon balas, pihak KFC menerusi khidmat pelanggannya memohon Sarah supaya menghubungi mereka segera.

Jelas KFC, objek berkenaan bukanlah otak, sebaliknya buah pinggang ayam yang mungkin terlepas pandang oleh pihak mereka sehingga termasuk dalam hidangan.

Posting Sarah di Facebook tular dan menerima lebih 20,000 komen serta dikongsi lebih 1,000 pelayar. - Daily Star.

 

Ayam, Otak

Artikel Lain