suria

Kecoh ‘Crazy Rich Asian’, ahli perniagaan obses dengan emas, satu badan penuh aksesori 13kg

SEORANG ahli perniagaan warga Vietnam meraih perhatian media sosial di seluruh Asia, kerana obsesnya dengan emas.

Tran Ngoc Phuc yang berusia 36 tahun memakai emas dengan berat keseluruhan 13 kilogram (kg) ke mana sahaja dia pergi.

Malah, dia sentiasa ditemani sekurang-kurangnya lima pengawal peribadi, bagi memastikan tiada siapa cuba untuk mencuri barangan kemasnya.

Phuc mula menjadi tajuk berita di Vietnam minggu lalu selepas siri video di YouTube mengenai dirinya menunjukkan barangan kemas yang besar, menjadi tular.

Ia meraih jutaan tontonan sejak dimuat naik di laman sosial.

Bukan setakat itu, gambar dan videonya memakai rantai emas besar, gelang dan cincin turut tular di media sosial, termasuk beberapa laman web di China dan Thailand.

Segelintir orang mencurigai ketulenan barangan kemas yang dipakainya, dan netizen tertanya-tanya bagaimana dia boleh dan berjalan dengan beban yang begitu berat.

Ahli perniagaan itu mengakui mengambil masa untuk membiasakan diri memakai kesemua barang kemas tersebut.

Jelasnya, ia benar-benar berbaloi kerana emas dapat memberi tuah dan kemewahan yang banyak kepadanya.

Phuc memberita pemberita bahawa koleksinya ketika ini adalah aksesori emas besar, terdiri daripada rantai emas dengan loket seberat 5kg, dua gelang besar 5kg, empat cincin masing-masing seberat 500 gram dan tali pinggang emas.

Kesemuanya berjumlah 13kg dan dianggarkan bernilai AS$550,000 (RM2.3 juta).

Ahli perniagaan itu mendedahkan dia mula menempah barangan kemas besar lima tahun lalu, selepas seorang perunding feng shui memberitahu bahawa ia dapat menambah tuah pada dirinya.

Phuc yang juga dikenali sebagai Phux XO, sempena nama sebuah pusat karaoke mewah yang dimiliknya di bandar Ho Chi Minh.

Dia sebenarnya dibesarkan dalam keluarga yang miskin, tetapi nasibnya berubah pada usianya 20an dengan menjalankan perniagaan minyak. - odditycentral

Artikel Berikut

Artikel Lain