suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi lapan bulan parah ditembak abang, ibu pula mabuk cinta

SEORANG kanak-kanak lelaki menembak adiknya berusia lapan bulan di bahagian muka ketika ibu mereka sedang mandi bersama kekasihnya.

Insiden itu menyebabkan bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal manakala ibu mereka, Shayanne Nelson kini berdepan pertuduhan penderaan kanak-kanak.

Nelson, 18, dan kekasihnya, Tyrell Bitsilly, 21, dilaporkan sedang mandi bersama di Zia Motel yang terletak di Gallup, New Mexico pada Sabtu lalu di mana kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu menjumpai sepucuk pistol.

Selepas terdengar bunyi tembakan, Nelson dan Bitsilly bergegas keluar dari bilik air dan menjumpai bayi tersebut dalam keadaan berlumuran darah di muka.

Shayanne Nelson.

Bayi perempuan itu dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti New Mexico pada Selasa.

Nelson memberitahu polis bahawa dia tiada tahu bagaimana pistol tersebut berada di dalam bilik hotel mereka dan mendakwa ia ditinggalkan orang yang terlebih dahulu menyewa bilik tersebut.

Namun KOAT melaporkan pengurus hotel itu menafikan dakwaan Nelson dan mendakwa ibu dua anak itu cuba menipu.

Seorang saksi mendakwa terlihat Bitsilly mengesat pistol itu selepas insiden tersebut.

Bitsilly turut didakwa atas pertuduhan sama.

Dia turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan penderaan kanak-kanak dua bulan lalu. - Metro.co.uk

bayi, tembak

Artikel Lain