suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu peribadi Meghan Markle letak jawatan

Meghan Markle.

PEMBANTU peribadi kepada Meghan Markle meletak jawatan enam bulan selepas perkahwinan pasangan diraja itu.

Pemergian pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Melissa ternyata mengejutkan pihak istana.

Seorang sumber memberitahu Daily Mail:"Mengapa dia mahu meninggalkan perkerjaan yang berprestij begitu cepat?."

Istana Kensington enggan mengulas mengenai laporan tersebut tetapi mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan Melissa.

"Melissa amat berbakat. Dia memainkan peranan penting dalam kejayaan Perkahwinan Diraja dan akan dirindui sesiapa sahaja di istana."

Berita peletakan jawatan Melissa mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai persediaan perkahwinan diraja itu dalam biografi terbaharu ditulis Robert Jobson iaitu Charles at 70.

Persediaan perkahwinan pasangan itu dikatakan memberi banyak tekanan dengan Harry menjadi mudah marah terhadap kakitangannya.

Harry dilaporkan memberitahu mereka bahawa 'Apa yang Meghan mahu, dia (Meghan) akan dapat'.

Timbul khabar angin pada Sabtu bahawa Ratu Elizabeth terpaksa campur tangan apabila Meghan mahukan mahkota yang mengandungi zamrud hijau berasal dari Rusia.

Sumber terdekat kepada keluarga itu berkata:"Ratu Elizabeth memberitahu Harry bahawa Meghan tidak boleh dapat apa sahaja yang dia mahu. Dia dapat mahkota yang diberikan saya kepada dirinya," menurut The Sun.

Malah sumber itu menambah:"Ratu Elizabeth turut mempersoalkan mengapa Meghan memerlukan veil untuk majlis perkahwinan itu selepas mengambil kira ia adalah perkahwinan keduanya." - Metro.co.uk

Meghan Markle

Artikel Berikut

Artikel Lain