suria

Mayat 'bangun semula' ketika dimandikan

Budh Ram (duduk di tengah) mengejutkan keluarganya apabila bangun ketika mahu dimandikan pada majlis pengebuniannya di New Delhi.

SEORANG lelaki berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia 'bangun semula' pada hari pengebumiannya.

Budh Ram disahkan meninggal dunia oleh doktor pada Sabtu selepas pengsan di rumahnya di Rajasthan, India.

Seorang sami telah dipanggil untuk upacara itu dan seluruh ahli keluarga lelaki terbabit turut membotakkan kepala mereka sebagai sebahagian daripada upacara pengebumiannya.

Menurut anak sulungnya, Balu Ram, 65, mereka sedang melakukan persiapan untuk memandikan mayat, namun terkejut apabila bapanya itu mula menggigil secara tiba-tiba.

"Tubuhnya menggigil apabila kami menyiram air pada dadanya. Jadi, kami bawa dia ke katil dan dia mula bernafas," katanya.

Ram dilaporkan bangun dan memberitahu keluarganya dia 'tidur sekejap' kerana berasa sakit dada.

Anak lelakinya yang berusia 65 tahun itu menyifatkan ia sebagai satu perkara ajaib. - The Sun

mayat

Artikel Lain