SEBUAH keluarga besar di Britain menyambut kelahiran bayi baharu menjadikan anak ke-21 bagi Sue Radford dan Noey. Anak bongsu perempuan yang dilahirkan pada Selasa lalu itu dinamakan Bonnie Raye. Radford,43, kembali ke rumahnya bersama bayi yang dilahirkan pada Rabu lalu dan berkumpul dengan anak-anaknya yang lain. Kali terakhir Radford melahirkan bayi pada September tahun lalu dan dia berjanji ketika itu bahawa anak yang terakhir. Bagaimanapun Mei lalu, dia mengumumkan sedang mengandung sekali lagi. "Mereka semua berebut untuk menjadi yang perma memeluk adiknya. Ia satu saat yang menggembirakan apabila membawa balik bayi baru lahir dan yang mereka beratur untuk memeluknya. "Kami sebenarnya sudah berbincang tidak mahu tambah anak lagi. Bonnie telah menyempurnakan keluarga ini," ujarnya kepada The Sun. Sementara itu suaminya, Noey,47, berkata: "Saya rasa semua orang terfikir bahawa kami mempunyai 21 orang anak. Tetapi kami rasa seperti ada tiga orang sahaja. "Sesetengah orang memutuskan untuk berhenti selepas mendapat tida atau empat orang anak. Kami berbuat demikian selepas 21 orang." Dalam pada itu, Noey mengakui bahawa kehadiran anak-anaknya di rumahnya menjadikan susasana penuh kebahagian dengan gelak ketawa. Dia mengakui Bonnie merupakan anak terakhirnya. Namun anak-anaknya yang lain tidak pernah yakin dengan pengakuan tersebut. Anak kedua mereka, Sophie memberita ibu bapanya tidak akan berhenti manakala seorang lagi anaknya, Chloe memberitahu kemungkinan akan ada lagi bayi baharu. Radford melahirkan anak pertama 28 tahun lalu ketika berusia 14 tahun. Anak sulungnya Christopher kini berusia 30 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 bulan.- Dailymail