suria

Michelle, Barack Obama guna IVF untuk dapat anak, dedah rumah tangga mereka pernah diuji

Michelle bersama suami dan dua anaknya, Malia (kiri) dan Sasha (kanan).

BEKAS isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama mendedahkan dia menggunakan kaedah IVF untuk hamil anak perempuanya selepas mengalami keguguran.

Malah Michelle turut terbuka bercerita mengenai dia dan suaminya, Barack Obama pernah mengikuti kaunseling perkahwinan.

Michelle, 54, memberitahu Good Morning America bahawa keguguran yang dialami 20 tahun lalu menyebabkan dia tertekan dan murung.

"Saya rasa seperti saya gagal kerana saya tidak tahu bagaimana keguguran berlaku kerana kita jarang bercakap mengenainya.

"Kita menanggung kesakitan, berfikir bagaimana ia terjadi.

Malia (kanan) dan adiknya, Sasha.

"Itu sebabnya saya fikir betapa pentingnya bercakap kepada ibu muda mengenai isu ini," katanya.

Michelle yang juga seorang peguam pada 2008 memberitahu pengacara Robin Roberts bagaimana dia menyedari sekitar usia 34 tahun peluangnya untuk hamil begitu tipis.

Menurutnya, dia dan suaminya menyedari bahawa mereka perlu menjalani rawatan IVF.

Rawatan tersebut membolehkan pasangan itu mendapat dua anak mereka, Malia, 20, dan Sasha, 17.

Michelle berkata dia mahu bersuara tentang isu kesuburan dalam memoir terbaharunya, Becoming, dalam usaha untuk membantu orang lain yang mengalami masalah yang sama.

Michelle Obama.

Jelas Michelle, dia dan suaminya turut mendapatkan khidmat kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang bermasalah.

"Kaunseling perkahwinan bagi kami adalah satu cara di mana kami belajar bagaimana untuk menyuarakan perbezaan kami.

"Saya mahu pasangan muda tahu bahawa Michelle dan Barack Obama juga ada masalah rumah tangga dan kami mencintai satu sama lain, jadi kami berusaha memulihkannya.

"Dan kami mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan perkahwinan kami," katanya.

Michelle berkata dia bertemu dengan Barack Obama di sebuah firma guaman di Chicago. 

"Pada mulanya kami cuba kekal sebagai sahabat tetapi daya tarikan antara kami amat kuat," katanya. - Metro.co.uk

Michelle, Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain