suria

Sanggup bunuh, rogol mayat ibu kerana skim cepat kaya

Akpobome mendakwa dijanjikan sejumlah wang oleh bomoh terbabit jika melakukan setiap arahannya.

SEORANG remaja mengaku membunuh dan kemudian bertindak merogol mayat ibunya gara-gara terpedaya dengan skim cepat kaya yang diperkenalkan seorang bomoh.

Samuel Akpobome, 18, berkata dia menjerut leher ibunya selepas wanita itu minum ubat jampi yang dibuat seorang bomoh.

Kejadian berlaku di sebuah perkampungan kira-kira 32 kilometer di bandar Ologbo, Nigeria.

Remaja yang bekerja di sebuah kilang air itu berkata bomoh terbabit yang dikenali sebagai One Love menjanjikan wang kira-kira 50,000 Naira jika dia membunuh dan tidur dengan ibunya.

Menurutnya, pembunuhan itu sebahagian daripada 'ritual wang' bagi membolehkannya mendapat kekayaan dalam sekelip mata.

"Saya dijanjikan wang yang banyak jika membunuh dan rogol mayat ibu.

"Saya ikut arahan bomoh...cekik ibu hingga mati semasa dia sedang tidur.

"Selepas itu, dia suruh simpan mayat ibu selama dua hari," kata Akpobome.

Tambah Akpobome, selepas melakukan perbuatan keji itu, dia diminta memotong cuping telinga dan jari ibunya untuk diserahkan kepada bomoh terbabit.

Namun, remaja itu tidak sempat melaksanakan arahan tersebut apabila perbuatannya terbongkar selepas disedari oleh neneknya.

Sementara itu, Komisioner Polis, Babatunde Kokumo berkata, Akpobome bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. - The Sun

rogol, bunuh

Artikel Lain