Budak 2 tahun 'menangis dan menjerit' ketika dirogol bapa - Dunia | mStar

Budak 2 tahun 'menangis dan menjerit' ketika dirogol bapa

SEORANG budak perempuan berusia dua tahun dirogol bapanya yang kemudian bertindak memuatnaik video berdurasi lapan minit itu di sebuah laman web gelap.

Maklumat mengenai kes penderaan kanak-kanak itu didakwa dilakukan bapanya, James Lockhart yang berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah.

Satu aduan jenayah yang dilihat WLFA menjelaskan:'Video tersebut memaparkan aksi rogol itu.'

"Kanak-kanak itu terus menjerit dan menangis."

Menurut Miami Herald, Lockhart, 30, juga memuat naik posting yang 'dikunci' menceritakan pengalaman seksualnya dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan sambil bertanya cadangan mengenai perkara yang dia patut lakukan.

James Lockhart.

Malah Lockhart turut berjanji akan memberikan perkembangan mengenai aktivitinya itu.

Pegawai Keselamatan Homeland mengesan lokasi Lockhart menerusi aplikasi mesej segera, Kik pada 5 Oktober lalu.

Mereka menunjukkan klip video kanak-kanak perempuan itu dengan wajahnya dikaburkan untuk dikenal pasti isteri pesalah pedofil terbabit.

Wanita tersebut pantas mengecam kanak-kanak perempuan itu, tangan suaminya, sofa di rumah mereka dan alat mainan anaknya.

Analisis lanjut membuktikan tangan dalam video tersebut sepadan dengan Lockhart.

Kanak-kanak itu didakwa didera dan abang kembarnya turut diletakkan dibawah pengawasan sebaik sahaja bapa mereka ditahan. - Metro.co.uk

rogol , pedofil

Artikel Berkaitan

Artikel Lain