suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan lebat dan angin kencang ranapkan 14 juta pokok, Itali perlu satu abad untuk pulih semula

Kira-kira 14 juta pokok musnah akibat angin kencang yang melanda Itali.

MILAN: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Itali telah meragut dua lagi nyawa, menjadikan angka kematian keseluruhan sekurang-kurangnya 17.

Ia turut memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

Seorang pelancong Jerman meninggal dunia dipanah petir pulau Sardinia pada Jumaat, manakala seorang lagi mangsa yang turut dipanah petir beberapa hari lalu pula meninggal di hospital, kata Agensi Perlindungan Awam Itali pada Sabtu.

Kebanyakan mangsa yang maut dihempap pokok. Coldiretti, persatuan syarikat pertanian Itali, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa angin kencang telah memusnahkan kira-kira 14 juta pokok.

Penduduk memegang payung untuk melindungi diri mereka daripada hujan lebat di Monterosso al Mare. - AFP

Kawasan dari timur laut ke Sicily di barat daya Itali telah terjejas oleh ribut dengan kerosakan teruk di kawasan utara Trentino dan Veneto - wilayah di sekitar Venice, di mana perhubungan ke kampung-kampung telah terputus oleh tanah runtuh.

Pokok pain dan fir tumbang seperti batang mancis di pergunalan Alp berhampiran Belluno, kira-kira 100 kilometer di utara Venice.

"Kami akan memerlukan sekurang-kurangnya satu abad untuk kembali ke keadaan biasa," kata Coldiretti.

Banyak dataran dan laluan pejalan kaki di Venice tenggelam oleh paras banjir paling tinggi dalam tempoh sedekad ini di bandar terusan tersebut.

Gabenor Veneto, Luca Zaia, berkata nilai kerosakan disebabkan ribut di rantau itu berjumlah sekurang-kurangnya satu bilion euro (RM4.74 bilion). - Reuters/The Star

hujang lebat, angin kencang

Artikel Lain