suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misi cari pulau dilancarkan selepas hilang dari permukaan laut

Pulau Esanbehanakitakojima didapati hilang. - iStockphoto

SATU misi pencarian dilancarkan di luar pantai Jepun setelah sebuah pulau hilang keseluruhannya.

Pulau kecil Esanbehanakitakojima yang tidak didiami digunakan untuk menggariskan kawasab perairan Jepun.

Ia terletak kira-kira 500 meter dari pantai dekat kampung Sarufutsu berhampiran hujung utara Hokkaido.

Ia adalah salah satu daripada 158 pulau yang tidak berpenghuni dan diberi nama oleh kerajaan pada 2014 untuk menandakan perairan Jepun dengan jelas.

Di bawah undang-undang antarabangsa, pulau-pulau boleh ditakrifkan sebagai pulau hanya jika ia dapat dilihat di atas permukaan laut walaupun dalam keadaan pasang surut.

Pulau Esanbehanakitakojima hanya terletak kira-kira 500 meter dari pesisir pantai Hokkaido. - iStockphoto

Sekiranya Esanbehanakitakojima tenggelam di bawah permukaan air laut, perairan wilayah Jepun akan menyusut.

Menurut Pengawal Pantai Jepun, Esanbehanakitakojima ditinjau pada tahun 1987 dan rekod menunjukkan pulau kecil tersebut terjulur 1.4 meter di atas paras purata laut.

Tomoo Fujii, seorang pegawai kanan pengawal pantai memberitahu pemberita: "Ada kemungkinan bahawa pulau ini telah terhakis oleh angin dan salji. Sebagai akibatnya, ia telah hilang."

Pengawal pantai merancang untuk menyiasat kawasan tersebut bagi memastikan navigasi kapal yang selamat. - Mirror UK

Artikel Lain