suria

Lion Air: Sayu... Penduduk matikan enjin, tolak motosikal ketika lalu di rumah keluarga mangsa

Siuasana di hadapan rumah keluarga Jannatun Cintya Dewi. -foto Liputan6

JENAZAH Jannatun Cintya Dewi, mangsa pertama nahas Lion Air yang berjaya dikenal pasti identitinya telah dihantar kepada keluarganya di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia, Khamis.

Jannatun Cintya Dewi, 24, adalah seorang pegawai kerajaan yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Lion Air: Identiti mayat pertama dikenal pasti

Tidak hanya keluarga dan saudara-mara, pemergiannya turut dirasai penduduk sekitar kampungnya.

-foto FB

Tular video menunjukkan penunggang motosikal yang lalu di hadapan rumahnya bertindak mematikan enjin dan sanggup menuntun kenderaan masing-masing sehingga melepasi kediamannya yang dipenuhi bunga.

Menurut laporan Liputan6, ia merupakan tradisi yang kerap dilakukan di daerah tersebut.

Ia dilakukan sebagai penghormatan sekali gus menunjukkan rasa sedih terhadap pemergian orang tersayang dalam sesebuah keluarga.

Polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa setelah membuat padanan dengan data ahli keluarga mangsa.

Jannatun Cintya Dewi bersama dua lagi rakan sekerja dalam Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral menaiki penerbangan Lion Air JT-610 bagi memantau pelaksanaan program biodiesel dan petroleum untuk kenderaan yang dikenali sebagai B20, di Pangkal Pinang.

Artikel Berikut

Artikel Lain