suria

Pemuda 'berani mati' meluncur turun atas bumbung eskalator

Dua paparan skrin daripada video menunjukkan seorang pemuda 'berani mati' meluncur di atas bumbung eskalator di sebuah pusat membeli-belah. Foto MEN MEDIA

SEORANG pemuda bertindak 'berani mati' apabila meluncur di atas bumbung eskalator di sebuah pusat membeli-belah.

Aksi bahaya itu dirakamkan menerusi kamera di kepala, dalam satu kejadian di medan selera di Pusat Arndale di Manchester, England.

Manchester Evening News melaporkan bahawa dia memuat naik video rakaman tersebut di YouTube.

Rakaman menunjukkan dia cuba mengelakkan daripada pengawal keselamatan, dengan melalui atas bumbung pusat membeli-balah itu, sebelum melompat ke paras 50 kaki untuk melarikan diri.

Sebaik melompat di atas bumbung eskalator, dia kemudian meluncur sehingag ke bawah, sehingga mengejutkan orang awam di kawasan sekitar.

Menerusi rakaman itu, turut kelihatan dua pengawal keselamatan di atas bumbung dengan mengarahkan pemuda tersebut untuk kembali.

Dia bagaimanapun tidak mempedulikan arahan tersebut dan melompat ke atas bumbung ekskalator. - Mirror Online

eskalator

Artikel Lain