suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikam leher sahabat kerana tak adil agih makanan

Gambar hiasan. -foto Alamy

SEORANG lelaki dituduh menikam sahabatnya hingga mati dalam kejadian di Abu Dhabi.

Kejadian tercetus ketika mangsa mengedarkan makanan di tempat penginapan pekerja, menurut laporan Al Bayan.

Dia telah memberikan 'lebih banyak makanan' kepada seorang lelaki berbanding pekerja lain.

Tertuduh membantah tindakannya itu dan mula bergaduh dengan mangsa.

Pergaduhan itu menjadi tidak terkawal sehingga tertuduh mengambil pisau dan menikam leher mangsa, yang menjadi punca kematiannya.

Dalam pembelaannya, peguam menyatakan bahawa kedua-dua mereka adalah kawan rapat dan sudah lama bekerja bersama.

Mereka tidak pernah bergaduh sebelum ini untuk menunjukkan pembunuhan itu disebabkan dendam atau dirancang. -KhaleejTimes

tikam, sahabat

Artikel Lain