suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Leicester tiba di Thailand beri penghormatan terakhir kepada mendiang pemilik kelab

Pasukan Leicester City tiba di kuil buddha Wat Thepsirin di Bangkok, bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemilik kelab itu, mendiang Vichai Srivaddhanaprabha. Foto AFP

PEMAIN Leicester City tiba di Thailand bagi menghadiri upacara pengebumian pemilik kelab itu, Vichai Srivaddhanaprabha.

Mendiang Srivaddhanaprabha yang juga seorang hartawan maut pada Ahad lalu selepas helikopter yang dinaikinya sewaktu berlepas dari Stadium King Power di Leicester, England, terhempas sebelum terbakar.

Nusara Suknamai, Kaveporn Punpare, juruterbang, Eric Swaffer dan pasangannya, Izabela Roza Lechowicz turut maut dalam nahas itu.

Upacara pengebumian Srivaddhanaprabha berlangsung selama tujuh hari bermula Sabtu.

Kerabat diraja Thailand dan individu-individu penting dalam sukan merupakan antara ratusan yang tiba di Bangkok, bagi memberikan penghormatan terakhir. - Mirror Online 

Artikel Lain