suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang dalam hutan selepas buat aktiviti paranormal

BANGKOK: Pihak berkuasa di Taman Negara Khao Yai meneruskan operasi mencari seorang pemuda berusia 22 tahun, yang memasuki taman itu hujung minggu lalu, dilaporkan untuk melakukan aktiviti paranormal.

Pegawai taman negara turut mengedarkan gambar Thanatat Tiyapongpattana, bagi membolehkan pelancong membantu menjejaki mangsa.

Pengendali hotel turut diberitahu untuk memantau mangsa, dan papan tanda telah diletakkan di pintu masuk taman.

Polis pelancong juga dimaklumkan mengenai kehilangan itu.

Pemuda yang hilang itu mempunyai tatu pada mukanya, berambut pendek dan ketinggian 185 sentimeter.

Ketua taman negara tersebut, Kanchit Srinoppawan berkata, ibu mangsa, Prathana Wisuthikul, 55, menghubungi pejabatnya memaklumkan anak leakinya tidak pulang ke rumah selepas memasuki taman itu, Sabtu lalu.

Prathana turut membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.

Thanatat memasuki taman itu dengan berkaki ayam dan tidak membawa telefon bimbit, sekali gus menyukarkan untuk menjejakinya.

Kanchit berkata, operasi mencari akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Beliau menambah, terdapat kemungkinan mangsa boleh diserang haiwan liar. - The Nation/Asia News Network

Artikel Lain