suria

Operasi cari mangsa, kotak hitam kedua pesawat Lion Air dilanjut

Sebahagian beg yang mengandungi mayat nahas pesawat Lion Air, di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta. Foto Reuters

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada hari Ahad akan melanjutkan tiga hari lagi bagi mencari mangsa dan kotak hitam dari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di Jakarta, sehingga mengorbankan 189 orang.

"Kita memutuskan untuk melanjutkannya selama tiga hari", kata ketua agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), Muhammad Syaugi pada sidang media, berhubung operasi dilanjutkan bermula Isnin.

Bercakap kepada pemberita, keputusan itu berdasarkan penilaian dan pemerhatian lokasi nahas, emalangan, sambil menyatakan bahawa banyak mangsa masih belum ditemui.

Setakat Ahad, sebanyak 105 beg mayat, dengan beberapa mayat yang sempurna ditemui dan diserahkan kepada polis untuk proses pengecaman forensik.

Bagaimanapun, hanya 14 mangsa dikenal pasti.

"Saya pasti jumlah itu akan meningkat," kata Syaugi.

Agensi itu kini memberi tumpuan untuk mencari baki mangsa dan perakam suara kokpit (CVR), kotak hitam kedua daripada pesawat Boeing Co. 737 MAX, yang terhempas di laut pada awal pagi Isnin lalu, 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta. - Reuters

Lion Air, Basarnas

Artikel Lain