suria

Kepala dipenggal dengan sabit selepas tolak seks dengan jiran kasta tinggi

Ibu mangsa (kiri) menceritakan kisah tragis melibatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun kepada wartawan. -fotoCNN

KEPALA seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipenggal dengan sabit selepas dia enggan melakukan hubungan seks dengan jirannya.

Remaja itu didakwa menjadi mangsa pembunuhan kerana dia menolak permintaan seorang lelaki yang lebih tinggi kastanya.

Serangan mengerikan itu berlaku di daerah Salem, Tamil Nadu.

Tertuduh, Dinesh Kumar, telah ditangkap dan didakwa di bawah undang-undang yang diwujudkan sejak tahun 1989 berhubung kekejaman berkaitan kasta.

Aktivis mendakwa, walaupun terdapat undang-undang, jenayah berkaitan perbezaan kasta masih berlaku di India. -fotoCNN

Pegawai kanan polis di daerah itu, Ponkarthik Kumar memberitahu CNN: "Gadis itu dibunuh secara kejam. Siasatan sedang dijalankan dan tertuduh telah ditangkap.

"Polis juga menolak dakwaan bahawa tertuduh sakit mental. Menurut laporan tempatan, gadis itu adalah seorang pelajar di sebuah sekolah berdekatan dan telah memberitahu ibunya tentang 'permintaan' lelaki itu yang ditolak berulang kali."

Walaupun melakukan jenayah terhadap golongan yang kastanya lebih rendah menyalahi undang-undang, aktivis menyatakan bahawa kecenderungan sikap pilih kasih masih wujud, membawa kepada jenayah terhadap mereka yang dianggap rendah status sosial berterusan.

Kasta-kasta rendah, yang juga dikenali sebagai Dalits, adalah beberapa kumpulan yang paling terpinggir di India.

Dari segi sejarah, mereka dinafikan hak untuk pendidikan dan pekerjaan, walaupun ia kini menyalahi undang-undang.

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, pada 2016 sahaja terdapat lebih dari 47,000 jenayah yang dilakukan terhadap orang ramai hanya disebabkan kasta mereka. -MetroUK

penggal, seks, kasta

Artikel Lain