suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Ditutup, Mayat Sridevi Akan Diterbangkan Ke Mumbai

DUBAI: "Kes ditutup," demikian perkembangan terkini  susulan siasatan kematian bintang Bollywood, Sridevi Kapoor yang maut pada Sabtu.

Hasil siasatan mendapati Sridevi meninggal dunia kerana dengan tidak sengaja lemas selepas pengsan  dalam tab mandi di hotel penginapannya.

Berikutan itu, mayat aktres berusia 54 tahun itu telah diserahkan kepada ahli keluarganya selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Surat kebenaran diserahkan polis Dubai kepada pejabat Konsulat India pada pukul 12.57 petang.

Pejabat Timbalan Pendakwa Raya berkata, keputusan untuk menyerahkan mayat Sridevi dibuat selepas siasatan dan prosedur yang dijalankan telah lengkap bagi memastikan keadilan ditegakkan mengikut landasan undang-undang.

Sebelum ini dilaporkan, mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai.

Ketika ini, mayat mendiang dalam proses awet sebelum diterbangkan ke India untuk upacara pengebumian.

Sejak berita kematiannya, orang ramai berkumpul di luar kediamannya di Mumbai bagi memberi penghormatan terakhir sebelum upacara pembakaran mayat dilaksanakan.-GulfNews

Mumbai, Dubai, Sridevi

Artikel Sebelum

30 Tahun Sorok Mayat Ibu

Artikel Berikut

Artikel Lain