suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayar 20,000 Baht, Dapat Sijil Teknik Seks

POLIS menyerbu sebuah bilik hotel di Pattaya susulan maklumat berhubung penganjuran kelas teknik seks melibatkan tenaga pengajar warga Rusia.

Operasi 12.30 pagi Isnin itu mendapati kelas itu dikendalikan 10 rakyat Rusia dan disertai 43 individu di sebuah hotel mewah.

Semua peserta turut menerima sijil dalam kemahiran seks sebaik tamat mengikuti kursus singkat itu.

Jurulatih dan pelatih dilihat mengenakan kemeja-t tertera tulisan "sex animator".

Pelatih yang diperiksa latar belakang mereka kemudiannya dibebaskan.

Menurut polis, pelatih berkenaan membayar kira-kira 20,000 baht setiap seorang untuk mengikuti kursus itu.

Daripada 10 jurulatih, tiga didapati pendatang asing tanpa izin, seorang telah tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan seorang lagi bekerja tanpa permit.

Susulan itu, polis Pattaya dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.


Pattaya, Rusia, sex animator

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain