suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geng Pokemon Go, Jom Tangkap Pikachu!

TANGGAL 27 Februari adalah Hari Pokemon dan seperti tahun sebelumnya, syarikat pembangun permainan berkenaan, Niantic, meraikan sambutan itu dengan memberi peluang kepada pemain Pokemon Go untuk menangkap karakter yang unik.

Dalam tempoh beberapa hari, pemain diberi peluang untuk mendapatkan Pikachu yang jarang ditemui dalam aplikasi permainan telefon itu.

Bermula jam 1 tengah hari pada 28 Februari, karakter istimewa Pikachu yang memakai topi parti, jenis yang hampir sama dengan apa yang dikeluarkan tahun lalu akan mula ditawarkan kepada pemain.

Malah, pemain juga berpeluang memperoleh tiga kali ganda Stardust bagi setiap Pikachu yang ditangkap oleh mereka.

Hari Pokemon disambut selari dengan ulang tahun Pokemon versi merah dan hijau yang pertama kali diperkenalkan pada 27 Februari 1996.

Syarikat Pokemon turut mengeluarkan aplikasi Pikachu Talk untuk pengguna Amazon Alexa dan Google Home.

Ia bagi membolehkan pengguna bertanya soalan kepada Pokemon dan dijawab oleh karakter berkenaan dengan suara signaturnya.

Selain itu, syarikat berkenaan juga mengeluarkan kesan khas suntingan Snapchat (filter) sempena sambutan berkenaan.

Peminat juga berpeluang membeli barangan istimewa berkaitan Pokemon yang akan dijual menerusi gedung atas talian Pokemon Center.

Hari Pokemon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain