suria

Bekas Penyerang Perak Tinggalkan Dunia Politik

NEW DELHI: Bekas kapten bola sepak India, Bhaichung Bhutia yang sebelum ini memilih untuk menceburi dunia politik telah meletak jawatan dalam Parti Kongres Wilayah Trinamool atau TMC.

Beliau turut mengumumkan bukan lagi ahli TMC yang dipimpin Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.

"Saya telah melepaskan semua jawatan rasmi dalam TMC. Saya juga telah membatalkan keahlian saya bersama parti.

"Sekarang, saya tiada kaitan dengan mana-mana parti politik di India," katanya pada Isnin.

Bhaichung yang pernah beraksi secara pinjaman  bersama pasukan Perak pada 2003 berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu menjadi penumpang dalam parti.

Beliau pernah bertanding untuk merebut kerusi Parlimen semasa pilihan raya Lok Sabha pada 2014, namun tewas.

Selain itu, Bhaichung juga dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan Sukan Utara Bengal. - Zee News


TMC, Bhaichung

Artikel Sebelum

Artikel Lain