suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 Tahun Sorok Mayat Ibu

Rangka mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui di sebuah bilik dikunci. Foto east2west news

RANGKA mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah di pangsapuri selepas ia disimpan anaknya selama 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui lengkap pakaian putih, kasut biru dan stoking hijau di sebuah rumah di bandar Mykolaiv di Ukraine.

Polis menjumpai mayat ngeri itu di sebuah bilik terkunci di sebuah rumah yang dipenuhi sampah sarap, termasuk longgokan makanan yang telah busuk dan surat khabar lama.

Jiran-jiran menyifatkan pesara itu sering menyendiri di dalam rumah kerana mengalami lumpuh pada bahagian kaki.

Menurut laporan polis: "Untuk menyelamatkan wanita berusia 77 tahun, rumah itu perlu dipecah masuk.

"Di dalam sebuah bilik terdapat seorang wanita duduk di atas lantai, dan dikelilingi sampah.

"Pesara itu tidak dapat berjalan dan memerlukan bantuan. Kita membuat panggilan ambulans.

"Sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita."

Laporan tersebut turut menyebut bahawa pesara itu tinggal bersendirian, tidak bercakap dengan jiran-jiran dan tidak mahu membuka pintu rumah.

"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.

"Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya," menurut laporan polis.

Kes dibuka untuk polis menjalankan siasatan. - Mirror UK


rangka

Artikel Lain