suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah Anjur Kursus Seks, 10 Warga Rusia Ditahan

Gambar hiasan.

BANGKOK: Polis Thailand pada Isnin menahan sekumpulan 10 warga Rusia kerana menganjurkan kursus latihan seks untuk rakan senegara mereka di Pattaya.

Polis berkata, mereka yang ditahan termasuk seorang warga Rusia, Alex Lesley yang kononnya mendakwa dirinya sebagai 'guru seks'.

Menurut polis lagi, kesemua mereka didakwa kerana bekerja tanpa permit di Thailand.

"Kita mendakwa kesemua 10 pengajar kerana bekerja tanpa izin," kata Ketua Polis Pattaya, Apichai Krobpet kepada Reuters.

"Mereka mengajar pendidikan seks kepada rakan senegara mereka, tetapi kursus tersebut tidak melanggar undang-undang," katanya.

Polis berkata, wakil Kedutaan Rusia di Bangkok tiba di Pattaya bagi membantu dalam isu membabitkan kumpulan tersebut. - Reuters

seks

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain