suria

Peluncur Ski Kanada, Isteri Ditahan Curi Hummer Ketika Mabuk

SEORANG peluncur dari Kanada yang mabuk ditahan atas kesalahan mencuri sebuah kenderaan jenis Hummer sewaktu kejohanan Olimpik Musim Sejuk di Pyeonchang, Korea Selatan.

Dave Duncam, 35, bersama isteri, Maja, dan jurulatih teknikalnya, Willy Raine, 48, mencuri kenderaan itu dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Menurut media tempatan, Hummer itu dimiliki oleh seorang pelancong berusia 57 tahun yang berkunjung ke sana bagi menyaksikan acara sukan berkenaan.

Hummer itu dipandu oleh Raine yang mabuk dengan paras alkohol dalam darah sebanyak .16, melebihi tahap yang dibenarkan di Korea Selatan iaitu .05.

Menurut undang-undang negara itu, individu yang disabitkan atas kesalahan memandu sambil mabuk boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun ataupun denda sebanyak 3 juta won(RM10,901).

Duncan isterinya Maja ditahan kerana didakwa mencuri sebuah Hummer bersama seorang jurulatih Willy Raine.

Dave dan isterinya mengeluarkan kenyataan maaf mereka berhubung insiden berkenaan.

"Kami memohon maaf atas tindakan kami yang yang tidak  mengikut standard yang ditetapkan oleh Pasukan Olimpik Kanada.

Malah, jurulatih Dave turut membuat permohonan maaf kepada pemilik Hummer berkenaan.

"Saya telah mengecewakan rakan sepasukan, kawan dan keluarga. Permohonan maaf ini juga ditujukan buat pemilik kenderaan yang terlibat," tulis Raine dalam permohonannya.

Menerusi satu sidang media pada Sabtu, Ahli Jawatankuasa Olimpik Kanada mengesahkan kejadian itu dan akan mengambil serius mengenai kejadian yang telah berlaku.

"Polis Korea sudah menyelesaikan siasatan, ketiga-tiga pelaku juga sudah dibebaskan.

"Kami sangat kecewa dengan tindakan mereka. Seharusnya, semua kontinjen menghormati undang-undang Korea Selatan dan semua tempat yang kita kunjungi untuk bertanding.

Awal minggu lalu, Duncan menduduki tempat kelapan dalam acara luncur ski dan berkongsi mengenai pencapaiannya menerusi laman Instagram.

"Inilah perasaan sebenar bertanding di Olimpik. Saya berada pada kedudukan kelapan di Pyeonchang, pencapaian terbaik saya musim ini dan saya sangat bangga," tulis Duncan di Instagram miliknya.-DailyMail


Peluncur, curi Hammer

Artikel Lain