suria

Pengecas Terbakar Dalam Kabin, Penerbangan Tertangguh

PENGECAS mudah alih tiba-tiba terbakar di ruang penyimpanan bagasi dalam kabin pesawat China Southern Airline ketika penumpang mula mengambil tempat sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, Ahad.

Kejadian itu menyebabkan jadual penerbangan CZ3539 tertangguh tiga jam kepada kira-kira tengah hari dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao.

Syarikat penerbangan itu berkata, laman Weibo melaporkan bagasi penumpang yang dibawa ke kabin berasap sebelum api mula menyala.

Bagaimanapun, kebakaran kecil itu segera dipadamkan pasukan bomba dan pegawai keselamatan lapangan terbang itu.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian melibatkan pesawat Boeing 777-300ER kecuali kerosakan kecil pada kabin.

Siasatan awal mendapati, kebakaran berpunca daripada pengecas mudah alih yang diletakkan dalam bagasi.

Pemilik beg itu tampil membantu siasatan kejadian itu.

Visual kejadian itu yang dirakamkan menunjukkan kru dan penumpang membantu memadamkan kebakaran menggunakan air dan jus.-JakartaPost

Guangzhou Baiyun, pengecas

Artikel Lain