suria

Singapura Dipilih Kerana 'Venue Netral', Tiada Aktiviti Atur Perlawanan

SINGAPURA: Sesi pendengaran berhubung kes mengatur perlawanan membabitkan dua pemain badminton Malaysia bermula hari ini di Singapura.

Menurut pemerhati bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra (gambar), kedua-dua pemain itu, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang, telah pun berada di sini.

Chandra, yang ditemui Bernama di hotel tempat berlangsungnya sesi pendengaran itu, berkata sesi berkenaan akan bermula pada 10 pagi dan dijangka berlangsung “sepanjang hari.”

Selain menjadi anggota majlis BAM, Chandra juga merupakan anggota utama bagi jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan induk itu.

Chandra berkata Singapura dipilih sebagai lokasi sesi pendengaran itu semata-mata kerana ia merupakan ‘venue neutral' dan tiada aktiviti mengatur perlawanan membabitkan kedua-dua pemain badminton itu berlaku di republik ini.

"Ia berlaku di beberapa tempat di dunia,” katanya.

Keluarga Zulfadli dilihat berada di lobi hotel sebelum diiring masuk.

Zulfadli, bekas juara badminton remaja dunia dan Tan, yang beraksi dalam kejohanan Piala Thomas, diwakili peguam masing-masing dalam sesi pendengaran dua hari itu.

Sesi pendengaran itu dikendalikan oleh panel tiga anggota daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

BWF menggantung sementara kedua-dua pemain itu daripada menyertai mana-mana kejohanan anjurannya dan memaklumkan perkara itu kepada BAM pada Disember lepas.

atur perlawanan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain