suria

Penggal Kepala Isteri, Simpan Dalam Peti Sejuk

Davie Dauzat mengaku membunuh dan memenggal kepala isterinya. Foto Mirror

SEORANG lelaki di Texas, Amerika Syarikat yang bertindak kejam kerana memenggal kepala isterinya dan menyimpan di dalam peti sejuk dijatuhi hukuman penjara lebih separuh abad.

Media Waco Tribune-Herald melaporkan lelaki dari Bellmead, Texas itu mengaku bersalah pada pagi Jumaat.

Davie Dauzat, 24, mengaku bersalah di hadapan Hakim George Allen di mahkamah daerah.

Dia disabitkan hukuman penjara sehingga 52 tahun kerana pembunuhan dan memenggal kepala isterinya.

Menerusi keterangan di mahkamah, tertuduh membunuh isterinya Natash di hadapan anak-anak mereka.

Dauzat mengakui bahawa dia mempengaruhi Natasha dengan dadah sebelum bertindak membunuh isterinya. 

Dia diberitahu di mahkamah perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 26 tahun di penjara sebelum membuat permohonan parol iaitu menjalani hukuman di luar penjara. - Mirror.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dipukul Suami, Rakan Kekasih

Artikel Lain