suria

Gempa: Hospital Banyumas, Kediaman Rosak Teruk

HOSPITAL Umum Banyumas (RSUD) di Jawa Tengah mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi pada Jumaat, terutama bangunan tiga tingkat yang menempatkan unit kecemasan, radiologi dan haemodialisis.

"Nasib baik bencana itu berlaku pada waktu malam, jika ia melanda pada siang hari, tentunya lebih ramai yang akan menjadi mangsa," kata kakitangan RSUD itu kepada The Jakarta Post.

Bagaimanapun, tiada yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu apabila pihak hospital bertindak pantas memindahkan 40 pesakit ke lokasi yang selamat.

Pesakit haemodialisis telah dipindahkan ke hospital lain, manakala pesakit yang menjalani rawatan telah ditempatkan di unit lain di RSUD.

Pengerusi Agensi Mitigasi Bencana Banyumas (BPDB), Prasetyo Budi Widodo berkata, gempa bumi itu telah mengakibatkan 30 kediaman dan puluhan kemudahan awam musnah.

Kediaman yang rosak itu terletak di daerah Ajibarang, Banyumas, Cilongok, Purwokerto Timur, Jatilawang, Kalibagor, Kedungbateng, Sokaraja, Sumpiuh dan Pekuncen.


Banyumas, Prasetyo

Artikel Sebelum

Trump Dilarang Ke Greenwich

Artikel Berikut

Artikel Lain