suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dipukul Suami, Rakan Kekasih

SEORANG lelaki yang sudah berkahwin sanggup menggembara sejauh 700 batu semata-mata untuk bertemu dengan wanita yang dikenalinya secara dalam talian.

Namun lain pula jadinya apabila niat untuk bertemu wanita itu tidak kesampaian.

Sebaliknya, suami kepada wanita tersebut dan juga sekumpulan rakan-rakannya bersemuka dengan lelaki berkenaan.

Akibatnya, lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Liu dipukul di khalayak ramai.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Fuyuan, China.

Dia dilaporkan berlepas dari tengah China menuju ke wilayah Yunnan untuk bertemu wanita yang dikenali sebagai Duan selepas berkenalan secara dalam talian, lapor MailOnline.

Video Liu diikat pada sebatang pokok dan dipukul empat lelaki dikhalayak ramai turut tersebar di media sosial.

Difahamkan suami wanita tersebut berang selepas mengetahui isterinya menjalin hubungan sulit dengan Liu.

Bagaimanapun kelibat Duan tidak dilihat dalam video tersebut. - metro.co.uk

pukul, hubungan sulit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain