suria

Kematian Bilionair Kanada, Isteri Mencurigakan

TORONTO: Pasangan bilionair dan pengasas firma farmaseutikal Apotex Inc., Barry Sherman serta isterinya, Honey ditemui mati dalam keadaan mencurigakan.

Keduanya meninggal dunia di kediaman mewah mereka di sini pada Jumaat.

Polis Kanada menemui mayat pasangan itu sebaik  tiba di kediaman itu selepas menerima panggilan kecemasan perubatan pada waktu tengah hari di timur laut Toronto.

“Keadaan kematian mereka nampak mencurigakan dan siasatan sedang dilakukan,” kata Konstabel David Hopkinson.

Selain itu, Detektif homisid pula memberitahu sekumpulan wakil media bahawa pihaknya tidak  menemui sebarang kesan pecah masuk di premis itu.

Sebelum ini, rumah agam itu pernah disenaraikan untuk jualan pada harga hampir AS$5.4 juta (RM22.2 juta).

Sherman, 75, mengasaskan Apotex pada 1974 sebelum  melepaskan jawatan sebagai ketua eksekutif firma itu pada 2012, namun kekal sebagai pengerusi eksekutif.

Majalah Forbes menganggarkan mendiang mempunyai aset bersih bernilai AS$3.2 bilion (RM13 bilion).

Apotex mempunyai seramai 11,000 pekerja dan merupakan pengeluar ubat-ubatan generik ketujuh terbesar dunia, menurut laman web firma itu.

Apotex merupakan firma farmaseutikal terbesar Kanada dengan jualan tahunan lebih AS$1.55 bilion (RM6.33 bilion) selain beroperasi di lebih 45 buah negara terma­suk Amerika Syarikat. – Reuters
Apotex, Sherman

Artikel Sebelum

Dipukul Suami, Rakan Kekasih

Artikel Berikut

Artikel Lain