suria

Pengantin 'Ghaib' Kahwin Lapan Lelaki

Foto Facebook

POLIS Thailand kini sedang memburu seorang penipu bersiri yang dikatakan berkahwin dengan sekurang-sekurangnya lapan lelaki dalam tempoh dua tahun lalu.

Suspek kemudian akan menghilangkan diri sebaik sahaja mengambil wang hantaran daripada keluarga pengantin lelaki.

Digelar sebagai 'pengantin perempuan lari', Jariyaporn “Nammon” Buayai yang berusia 32 tahun itu telah lama dikenali sebagai penipu di media sosial.

Wanita itu bagaimanapun hanya diburu pihak berkuasa beberapa hari lalu, selepas salah seorang mangsa membuat laporan terhadapnya.

Prasarn Tiamyam, 32, mendakwa dia baru-baru ini melihat satu kenyataan di Facebook yang memberi amaran kepada lelaki Thailand supaya menjauhkan diri daripada Nammon.

Dia mengecam wanita itu, yang pernah dikahwininya dua tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan menghilangkan diri beberapa hari selepas berkahwin, dan membawa lari wang hantaran THB 200,000 ($6,000).

Mangsa mendakwa Nammon tidak pernah mengizinkannya untuk bertemu dengan keluarga wanita itu sepanjang hubungan mereka selama sembilan lalu.

Dia hanya menyedari ditipu selepas membaca kenyataan amaran mengenai wanita tersebut yang kini tersebar di Facebook.

Pihak berkuasa kini berusaha untuk menjejaki Nammon termasuk mengunjungi kediaman ibu bapa wanita itu di wilayah Nong Khai, tetapi kedua-dua mereka juga tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, kakak Nammon merayu supaya adiknya tampil kerana bimbang terhadap keselamatan kedua ibu bapanya. - odditycentral

Artikel Sebelum

Gergaji 'Makan' Zakar

Artikel Berikut

Nasib Lelaki 'Belon'

Artikel Lain