suria

Tarik Balik Anugerah Nobel Keamanan Suu Kyi

RABAT: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (Isesco) menggesa Jawatankuasa Nobel Norway segera menarik balik Anugerah Nobel Keamanan yang diterima Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, lapor agensi berita China Xinhua.

Isesco dalam satu kenyataan berkata, Suu Kyi "kehilangan hak untuk anugerah itu di atas apa yang dilakukan negara dan kepemimpinannya terhadap minoriti Islam Rohingya."

"Tindakan bersifat keji Myanmar bertentangan dengan inti pati Anugerah Nobel Keamanan," tambah kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, masyarakat antarabangsa digesa segera campur tangan bagi menghentikan kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar.

Anugerah berkenaan diterima Suu Kyi pada 1991. - Bernama


 
Nobel Keamanan, Suu Kyi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tak Perlu Wang Tunai, Senyum Je

Artikel Lain