suria

Gergaji 'Makan' Zakar

Hospital tempat mangsa dirawat. -fotoBenBirchall/PA Wire

SEORANG pekerja digegaskan ke hospital selepas zakarnya dipotong oleh sebuah gergaji dalam satu kemalangan industri yang mengerikan.

Polis dan paramedik dipanggil ke tempat kejadian di kampung Moreton Valence berhampiran Gloucester pada 3.48 petang Isnin.

Menurut laporan seorang lelaki telah mengalami kecederaan serius di bahagian pangkal paha.

Pasukan kecemasan udara dihantar ke lokasi kejadian, tetapi mangsa dipindahkan ke hospital dengan ambulans.

Dia kemudian menjalani pembedahan kecemasan selama lapan jam di Hospital Southmead.

Seorang saudaranya dilaporkan berkata zakarnya cedera teruk selepas terkena sejenis gergaji.

Mangsa, yang dikatakan berasal dari Gloucester, kini menerima rawatan rapi di hospital.

Seorang jurucakap polis berkata kejadian itu tidak dianggap mencurigakan.

Dia berkata: "Kami dihubungi oleh perkhidmatan ambulans kira-kira pukul 4.30 petang Isnin berhubung kejadian di Moreton Valence yang mana seorang lelaki telah mengalami kecederaan serius.

"Pegawai-pegawai telah dihantar dan kejadian itu dianggap sebagai tidak mencurigakan. Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan telah dimaklumkan dan akan menjalankan siasatan."

Jurucakap Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan mengesahkan mereka sedang melakukan siasatan.

Dia berkata: "Kami telah dimaklumkan tentang insiden ini oleh pihak polis, yang datang di tempat kejadian.

"Kami masih berbincang dengan pihak polis untuk menentukan sama ada HSE akan terlibat dalam kes ini." -metroUK

kemalangan industri, gergaji

Artikel Sebelum

‘Misi 007’ Si Ollie

Artikel Berikut

Artikel Lain