suria

Nasib Lelaki 'Belon'

ALEJANDRO Ramos Martínez yang merupakan seorang penyelam makanan laut baru-baru ini menarik perhatian antarabangsa selepas terlibat dalam satu kemalangan tragik.

Insiden itu mengakibat dirinya kelihatan seperti manusia 'belon'.

Dia dikatakan naik dari kedalaman 30 meter terlalu cepat, menyebabkan nitrogen dalam darahnya membentuk gelembung besar yang menyerap pada otot-ototnya.

Keadaan tersebut mengubah bentuk badannya yang kelihatan seperti cacat.

Martínez mengalami kemalangan semasa menyelam empat tahun lalu, tetapi doktor-doktor masih mencari jalan untuk mengeluarkan gelembung nitrogen dari badannya.

Oleh kerana gas tersebut berada dalam badannya, mereka tidak boleh mengeluarkannya menerusi pembedahan.

Badan Martínez mengandungi gelembung besar nitrogen.

Penyelesaian terbaik adalah rawatan terapi oksigen hiperbarik.

Setakat ini, mereka telah mengeluarkan kira-kira 30 peratus gelembung besar nitrogen dari badannya.

Martínez dijangka memerlukan sekurang-sekurangnya 100 sesi lagi untuk rawatan terapi.

Reaksi yang luar biasa itu menyebabkan penyelam makanan laut itu kelihatan seperti belon, tetapi nampaknya turut menambah 30 kilogram pada badannya.

Gelembung nitrogen itu mengakibatkan Martínez rasa sakit dan dia kini bergantung kepada ubat tahan sakit termasuk ubat mengurangkan tekanan darah tinggi.  - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain