suria

'Campakkan Wanita Pakai Jeans Ke Dalam Laut'

NEW DELHI: Seorang paderi Kristian di India mencetuskan kontroversi apabila meminta wanita yang memakai seluar jeans dan pakaian yang menjolok mata agar dicampakkan ke laut kerana pemakaian mereka didakwa menggoda kaum lelaki.

Paderi itu yang hanya dikenali sebagai Father Sharlom berkata, dia tidak mahu memimpin golongan wanita yang memakai jeans, seluar panjang atau baju kemeja.

Malah beliau turut mempersoalkan sama ada kitab Bible memberi kebenaran kepada golongan wanita untuk memakai pakaian sedemikian.

Sharlom juga mengingatkan golongan tersebut agar tidak memakai pakaian yang kurang sopan ketika hadir ke gereja di Kerala, selatan India.

Rakaman video beliau menyampaikan khutbah tersebut disebarkan oleh wanita bernama Jasmine PK.

Dalam video itu, Sharlom berkata, apabila beliau mengunjungi beberapa gereja, dia terasa ingin meninggalkan rumah ibadah tersebut disebabkan beberapa wanita yang duduk di depannya.

"Saya berasa lebih baik untuk menendang mereka keluar daripada gereja," katanya merujuk kepada pemakaian wanita tersebut yang dianggap tidak sopan.

Beliau juga mengkritik sikap wanita muda yang suka menonjol dalam media sosial dan menyifatkan golongan tersebut sebagai 'benda'.

"Ramai remaja lelaki mengadu kepada saya tentang masalah golongan wanita berpakaian seksi, menyebabkan mereka tergoda walaupun baru sahaja mendengar khutbah tentang agama.

"Apa yang perlu kita lakukan bagi mengatasi masalah ini? Jalan terbaik adalah mengikat sumber provokasi (wanita) untuk dicampakkan ke dalam laut," katanya.

Kenyataan Sharlom itu mengundang kecaman daripada rakan sejawatannya, Father Paul Thellaakkat dari Kochi.

"Apa yang dikatakan oleh Sharlom adalah tidak munasabah.

"Tiada paderi mempunyai hak untuk menentukan kod pakaian wanita," katanya.

Sharlom, Paderi, Wanita Pakai Jeans

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain