suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlepas Dari Dukungan, Dua Anak Maut Terjatuh Tingkat 5

Dua kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di Tianjin, China selepas terlepas dari dukungan bapanya. Foto Tianjin Daily/Weibo

DUA kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di China selepas terlepas dari dukungan bapanya.

Media China melaporkan ketika kejadian pada Isnin, bapa kepada dua kanak-kanak malang itu sedang mendukung anaknya dan berdiri dekat penghadang kaca.

Polis sedang menyiasat insiden yang berlaku di Tianjin, timur China.

Seorang pegawai polis mengesahkan kepada Tianjin Daily bahawa kedua-dua kanak-kanak itu didukung bapanya.

Menurut pegawai, salah seorang daripada kanak-kanak itu terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.

Bagaimanapun, seorang lagi anaknya turut terjatuh sewaktu bapa mangsa cuba menyelamatkan anak yang pertama.

Dilaporkan, kedua-dua kanak-kanak itu mati di tempat kejadian. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain