suria

Pesawat Terhempas Di Kawasan Kediaman, Tiga Terbunuh

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di beberapa buah rumah di Riverside susulan sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan penempatan itu pada 27 Februari 2017. - AP

CALIFORNIA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan dua lagi mangsa cedera apabila sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah kawasan penempatan di Riverside di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Balai Bomba Riverside, Michael Moore, siasatan awal mendapati empat orang terbunuh dalam kejadian itu tetapi jumlah kematian berkurangan kepada tiga orang hasil siasatan lanjut.

Jelas Moore, insiden itu berlaku apabila pesawat Cessna 310 terhempas kira-kira satu kilometer dari barat laut Lapangan Terbang Riverside ketika pesawat berkenaan dalam penerbangan menuju ke San Jose.

Tambahnya, seramai lima orang menaiki pesawat itu yang terputus dua apabila merempih dua buah rumah di Riverside.

"Tiada mangsa berada dalam rumah atau di kawasan berdekatan ketika pesawat itu terhempas.

"Tiga orang yang menaiki pesawat itu terbunuh dan dua lagi mangsa cedera," katanya.

Rakaman kejadian itu menunjukkan pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran beberapa buat rumah akibat insiden tersebut.

Siasatan pihak berkuasa mendapati, tangki pesawat itu penuh dengan minyak menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

Namun punca pesawat tersebut terhempas masih belum diketahui.

Pesawat Terhempas, California

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain