suria

Heret Pemimpin Korea Utara Ke ICC - Seoul

KIM JONG-UN

SEOUL: Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se menggesa agar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un diheret ke mahkamah antarabangsa bagi menghadapi pertuduhan melakukan jenayah kemanusiaan sebelum situasi di republik itu mengancam keselamatan global.

Byung-se berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Isnin dengan mengutuk pembunuhan abang tiri Jong-un, Kim Jong-nam di Malaysia.

Beliau berkata, beratus-ratus pegawai kerajaan Pyongyang turut menerima nasib sama seperti Jong-nam di Korea Utara, tidak termasuk orang awam yang menjadi mangsa kekejaman rejim pemimpin negara itu.

"Kita semua tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap jenayah dan penyalahguaan kuasa tersebut," kata Byung-se tanpa menyebut nama pemimpin itu.

Sambil memetik statistik PBB, Byung-se berkata, kira-kira 120,000 penduduk Korea Utara menerima hukuman penjara, dipercayai bermotifkan politik.

"Kita perlu bertindak secara individu dan berkelompok sebelum pencabulan hak asasi manusia mencetuskan masalah yang lebih besar," katanya.

Selain itu, Byung-se menekankan kepentingan untuk mengheret pucuk pimpinan Korea Utara dan pihak yang bertanggungjawab mencabul hak asasi manusia di negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kes pembunuhan Jong-nam menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang menyifatkan abang tiri Jong-un itu menjadi kekejaman pemimpin Korea Utara tersebut.

Jong-nam dibunuhh pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira pukul 9 pagi oleh dua wanita yang dipercayai mengesat racun kimia berbahaya ke muka mangsa.

Lelaki Korea Utara itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain