suria

4 Suspek Pembunuh Jong-nam Adalah Perisik - Seoul

FOTO suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam yang disiarkan polis Malaysia pada 22 Februari 2017. - AFP

SEOUL: Empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah perisik Pyongyang, dakwa agensi perisikan Korea Utara kepada anggota Parlimen di sini pada Isnin.

Anggota Parlimen yang memetik kenyataan Agensi Perisikan Kebangsaan (NIS) seperti dimaklumkan dalam pertemuan secara tertutup oleh kedua-dua pihak, sebagai berkata, empat suspek yang disiasat polis Malaysia berhubung kematian Jong-nam berasal dari Kementerian Keselamatan Negara atau agensi perisikan Korea Utara.

Menurut anggota Parlimen, Lee Cheol-woo yang menghadiri pertemuan itu, seperti yang dimaklumkan NIS, dua lagi suspek bersetongkol dengan Kementerian Luar Korea Utara.

Seorang lagi anggota Parlimen, Kim Byeong-ki berkata, Jong-un mengarahkan 'jenayah terancang' pembunuhan Jong-nam.

Bagaimanapun kedua-dua ahli politik itu telah menerangkan bagaimana NIS memperoleh maklumat tersebut dan peranan suspek kes pembunuhan Jong-nam.

Malaysia tidak menuduh Korea Utara mendalangi pembunuhan Jong-nam tetapi memburu beberapa suspek termasuk seorang diplomat Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Menurut pihak berkuasa Malaysia, seramai empat lelaki Korea Utara menyediakan racun kimia kepada dua wanita yang terlibat dalam pembunuhan abang tiri Jong-un.

Empat lelaki berkenaan melarikan diri pada hari yang sama, tetapi tidak pasti sama ada NIS memaksudkan keempat-empat suspek itu sebagai ejen perisik.

Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain