suria

Raja Salman Bawa 506 Tan Kargo Ke Indonesia

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Februari 2017. - BERNAMA

LAWATAN pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud ke beberapa negara Asia ternyata membawa makna besar buat negara Islam di rantau ini terutamanya Malaysia dan Indonesia.

Namun lebih menarik perhatian, Raja Salman dilaporkan membawa 506 tan bagasi sepanjang lawatannya selama sembilan hari di rantau tersebut.

Beliau mengakhiri lawatannya selama tiga hari ke Malaysia pada Rabu dan akan menuju ke Indonesia sebagai destinasi berikutnya.

Menurut laporan portal MailOnline, antara kargo yang dibawa Raja Salman sepanjang misi diplomatiknya itu termasuk dua buah limousin Mercedes-Benz s600 dan sepasang tangga bergerak.

Model limousin yang dibawa oleh Raja Salman sepanjang lawatannya ke Indonesia.

Lawatannya itu melibatkan seramai 620 orang serta 800 delegasi termasuk menteri dan 25 putera.

Syarikat kargo Indonesia, Jasa Angakasa Semesta (JAS) ditugaskan untuk mengendalikan kargo dari Arab Saudi itu dan mengerahkan 572 staf bagi memikul tugas berkenaan.

Pengarah syarikat berkenaan, Adji Gunawan memberitahu agensi berita Antara, sebanyak 63 ton kargo akan dihantar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur dan bakinya dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali.

"Kami dilantik secara rasmi untuk mengendalikan kesemua kargo yang dibawa oleh pesawat Raja Salman," katanya.

Lawatan Raja Salman ke Indonesia merupakan yang pertama dalam tempoh 46 tahun dan kebiasaannya kunjungan beliau dibayangi dengan kemewahan.

Raja Salman

Artikel Sebelum

Artikel Lain