suria

Trump Mula 'Serang' Obama

GENAP 100 hari bergelar sebagai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil pendekatan untuk 'menyerang' pemimpin sebelumnya, Barack Obama berhubung siri bantahan rakyat terhadap kepimpinan beliau dan kebocoran keselamatan negara.

"Saya fikir bekas Presiden Obama dalang bantahan tersebut kerana penyokongnya sudah pasti sentiasa di belakangnya.

"Saya juga berfikir mungkin ini hanya agenda politik," kata ketika sesi wawwancara bersama stesen penyiaran Fox News.

Selain itu Trump berkata, beberapa kebocoran maklumat keselamatan negara berpunca daripada pihak yang tidak bijak dalam soal keselamatan.

Namun Trump tidak menyatakan bukti terhadap dakwaan beliau tentang penglibatan Obama mendalangi siri bantahan ke atasnya.

Malah Obama juga tidak menyatakan sebarang komen tentang dakwaan Trump itu.

Dalam wawancara yang sama, Trump turut mengakui beliau tidak menjelaskan dengan baik tentang dasarnya kepada rakyat Amerika sepanjang tempoh bulan pertama menjadi Presiden.

Beliau berharap dalam memperbaiki kelemahan tersebut pada ucapan di Kongres, Rabu.

"Dari segi pencapaian, saya wajar diberikan gred A kerana saya melakukan perkara hebat," katanya seperti dilaporkan portal berita BBC.

Donald Trump, Barack Obama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain